Tajuk: Input pengguna di dalam Scratch
Genius Corner Siri 9
Oleh: Fariz Gaskin

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Pada minggu ini, kita akan mempelajari latihan Scratch bahagian ketiga. Kali ini, kita akan pelajari teknik mengubah hasil akhir sesebuah aturcara menggunakan maklumat yang diterima dari pengguna.

Di dalam artikel terdahulu, kita telah diperkenalkan dengan elemen dari kumpulan Motion, Looks, Pen, Event dan Control. Maka pada minggu ini, kita akan mencuba elemen dari kumpulan Sensing pula.

Sepertimana aplikasi lain, maklumat dari pengguna adalah sangat penting kerana ia membantu sesebuah aplikasi itu menyelesaikan masalah pengguna dengan tepat. Contohnya seperti pesakit yang datang berjumpa doktor kerana mengalami sakit kepala. Sudah tentu doktor akan memberi ubat untuk kelegaan kepala, dan bukan untuk kelegaan perut.

Elemen Sensing sesuai digunakan di dalam borang seperti borang pendaftaran atas talian dan sebagainya. Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

Latihan

Langkah 1: Layari laman web https://scratch.mit.edu dan klik Try It Out untuk bermula

Langkah 2: Pilih dan seret jujukan arahan dari palette ke editor sehingga menjadi seperti Rajah 1

 

Events

Motion

Pen

Control
Motion
Change 10 to 100
Change 15 to 90

Rajah 1

 

Langkah 3: Ubahsuai  sedikit blok aturcara tadi supaya menjadi seperti Rajah 2 berikut

 

 

 

 

 

Sensing. Taipkan “How long each side should be?”

 

Sensing. Masukkan elemen answer di sini

 

Rajah 2

Langkah 4: Klik ikon bendera hijau untuk melihat hasilnya

Rajah 3

 

Adik Saffia bersama hasil kerja beliau

Semakan

Apa yang berlaku sebentar tadi di dalam Langkah 2 ialah, aplikasi Scratch anda melukis segiempat sama menggunakan elemen pen down dan repeat, untuk mengulang elemen move sejauh 100 langkah dan turn sebanyak empat kali.

Di dalam Langkah 3 pula, pengguna diminta memilih berapa jauh garisan pen perlu dilukis. Seterusnya, jawapan itu dimasukkan ke dalam elemen move.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

Ubah jumlah repeat dan sudut pusingan supaya dapat melukis hexagon
Ubah stage supaya boleh memuatkan lukisan yang besar
Masukkan elemen Looks supaya kucing berubah rupa di setiap ulangan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emailkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!