Tajuk: Parallax dengan Scratch

Genius Corner Siri 41

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Pada minggu ini, kita akan mempelajari latihan Scratch bahagian sebelas. Kali ini, kita akan belajar menghasilkan efek parallax bagi menjadikan game anda lebih menarik.

 

Efek parallax telah lama digunakan dalam games yang dibina sekitar tahun 1980an. Ia memberi gambaran kepada pemain seolah-olah latar belakang dan latar hadapan bergerak pada kelajuan berbeza, seiring dengan pergerakan karekter pemain.

 

Antara games yang menggunakan efek ini termasuklah Ninja Gaiden, Super Contra dan Karateka. Walau teknik dan teknologi terkini mampu menghasilkan efek yang lebih baik, namun penggunaan efek parallax ini akan memberikan suasana retro kepada game anda.

 

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Layari laman web https://scratch.mit.edu dan klik Try It Out untuk bermula

 

Langkah 2: Hasilkan 2 sprite bernama Layers dan Backdrop

Rajah 1: Hasilkan dua sprite

 

Langkah 3: Penuhkan keseluruhan paparan Costumes dengan warna biru untuk sprite Backdrop. Sprite ini akan diguna sebagai latar belakang utama

 

Langkah 4: Untuk sprite Layers pula, gunakan butang “Upload costume from file” untuk memuat naik beberapa imej berformat .PNG yang akan digunakan sebagai latar hadapan yang berlapis

Rajah 2: Muat naik imej latar hadapan

 

Langkah 5: Hasilkan beberapa pembolehubah baru bernama Layer, Screen dan Start

Rajah 3: Pembolehubah baru

 

Langkah 6: Susun blok aturcara pertama dan kedua untuk Layers

Rajah 4: Kod Aturcara Pertama dan Kedua untuk Layers

 

Langkah 7: Susun blok aturcara ketiga dan keempat untuk Layers

Rajah 5: Kod Aturcara Ketiga dan Keempat untuk Layers

 

Langkah 8: Susun blok aturcara berikut untuk Backdrop

Rajah 6: Kod Aturcara Backdrop

 

Langkah 9: Klik ikon bendera hijau untuk melihat hasilnya

Rajah 7: Hasil Parallax

 

Semakan

 

Di dalam kod aturcara Layers, blok aturcara pertama hingga ketiga berfungsi mengawal pergerakan kesemua lapisan latar hadapan berdasarkan pergerakan tetikus pemain. Lapisan paling hadapan akan bergerak paling laju, manakala lapisan paling belakang akan bergerak paling perlahan. Kod aturcara keempat Layers pula berfungsi memaparkan semua costume secara serentak pada paparan.

Pelajar UNITEN sedang mengikuti bengkel Android

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

 

  1. Kurangkan jumlah kostum Layers
  2. Tambah jumlah kostum Layers
  3. Tambah muzik latar ke dalam Backdrop

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emelkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!