Tajuk: Mouse-Trail dengan Scratch

Genius Corner Siri 37

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Pada minggu ini, kita akan mempelajari latihan Scratch bahagian ke-sepuluh. Kali ini, kita akan belajar menghasilkan efek mouse-trail bagi menjadikan game anda lebih menarik.

 

Di dalam sistem pengoperasian Windows, efek mouse-trail digunakan bagi membantu pengguna yang mempunyai masalah penglihatan untuk mencari kursor mouse di celah-celah imej monitor.

 

Di dalam sesebuah games pula, efek ini memberi kesan seolah-olah karekter games anda sedang bergerak dengan kelajuan melampau. Sesuai untuk games berbentuk futuristik atau berbentuk kartun seperti Boboiboy.

 

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Layari laman web https://scratch.mit.edu dan klik Try It Out untuk bermula

 

Langkah 2: Susun kod aturcara berikut untuk Sprite1.

Rajah 1: Kod Aturcara

 

Langkah 3: Klik ikon bendera hijau untuk melihat hasilnya

Rajah 2: Hasil Mouse-Trail

 

Semakan

 

Di dalam kod aturcara Sprite1, blok aturcara kanan berfungsi mengejar kursor mouse dan menghasilkan klon Sprite1. Blok aturcara kiri pula berfungsi menghasilkan klon dengan saiz yang semakin kecil dan akhirnya dipadamkan apabila jumlah klon mencapai nilai tertentu. Jika tidak, klon akan dihasilkan secara infiniti dan menyebabkan komputer tidak dapat menanggung beban pengiraan.

Pelajar antarabangsa IUKL sedang mengikuti bengkel Android

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

 

  1. Kurangkan separuh jumlah klon
  2. Tambah sekali ganda jumlah klon
  3. Hasilkan karekter kedua

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emelkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!