Tajuk: Hello World Android

Genius Corner Siri 47

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Bermula tahun ini, Genius Corner akan menampilkan topik-topik baru yang segar sebagai ucapan terima kasih kepada anda. Minggu ini, kita akan berkenalan dengan pengaturcaraan Android.

 

Android merupakan sistem pengoperasian peranti mudah alih yang diperkenalkan oleh Google pada tahun 2007 secara percuma, serta berkonsep sumber-terbuka. Ia dibina menggunakan teras Linux, manakala aplikasi yang ditulis oleh pengaturcara menggunakan bahasa Java.

 

Dalam tahun yang sama juga, konsortium Open Handset Alliance telah ditubuhkan bagi membolehkan pengilang membina telefon pintar mereka berdasarkan sistem pengoperasian Android ini. Ahli konsortium ini termasuklah Samsung, LG, Motorola serta juga HTC.

 

Setiap aplikasi yang dibina oleh pengaturcara akan dimuat naik ke Google Play. Melalui kaedah ini, Google Play bertindak seperti pasar malam di mana peniaga dan pembeli berkumpul di tempat yang sama. Konsep ini memudahkan semua pihak termasuklah bank tempatan yang menguruskan transaksi kewangan jual beli.

 

Sehingga bulan Mei 2017, Android merupakan sistem pengoperasian peranti pintar paling popular di dunia dengan 2 bilion peranti aktif dan 2.7 juta aplikasi yang sedia dimuat turun melalui Google Play.

 

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Muat turun aplikasi Android Studio dari laman web http://developer.android.com dan install ke dalam komputer anda

 

Langkah 2: Buka aplikasi Android Studio dan pilih ‘Start a new Android Studio project’

 

Langkah 3: Namakan projek anda sebagai ‘Hello World’

 

Langkah 4: Pilih ‘Empty Activity’ sebagai template projek kali ini.

 

Apabila siap dibina, projek anda tadi akan dipaparkan di dalam aplikasi Android Studio seperti rajah di bawah.

Rajah 1: Android Studio

 

Di dalam semua projek Android, fail dan folder akan disusun seperti rajah di bawah. Tiga fail utama yang akan kita masukkan kod aturcara di dalam artikel Genius Corner yang akan datang termasuklah AndroidManifest.xml, MainActivitiy.java serta activity_main.xml

Rajah 2: Susun atur fail dan folder di dalam projek Android

 

Langkah 5: Sambungkan telefon pintar Android anda ke komputer menggunakan kabel pengecas

 

Langkah 6: Klik button Run berwarna hijau untuk memuat naik projek anda terus ke dalam telefon pintar anda dan lihat hasilnya di dunia sebenar!

Rajah 3: Paparan projek Hello World di dalam telefon pintar Android

 

Semakan

 

Fail AndroidManifest seperti kod aturcara di bawah, digunakan untuk menetapkan ikon serta nama aplikasi yang dipaparkan pada skrin telefon pintar. Ia juga digunakan sebagai perantara aplikasi dan peranti sekiranya terdapat keperluan untuk menggunakan perkakasan seperti kamera, internet, GPS dan sebagainya.

 

<?xml version=”1.0″ encoding=”utf-8″?>

<manifest xmlns:android=”http://schemas.android.com/apk/res/android”

   package=”com.farizgaskin.helloworld”>

   <application

       android:allowBackup=”true”

       android:icon=”@mipmap/ic_launcher”

       android:label=”@string/app_name”

       android:roundIcon=”@mipmap/ic_launcher_round”

       android:supportsRtl=”true”

       android:theme=”@style/AppTheme”>

       <activity android:name=”.MainActivity”>

           <intent-filter>

               <action android:name=”android.intent.action.MAIN” />

               <category android:name=”android.intent.category.LAUNCHER” />

           </intent-filter>

       </activity>

   </application>

</manifest>

 

Fail MainActivity seperti kod aturcara di bawah merupakan fail utama projek. Sebarang kod aturcara latihan akan datang ditulis di dalam fail ini.

 

package com.farizgaskin.helloworld;

import android.support.v7.app.AppCompatActivity;

import android.os.Bundle;

public class MainActivity extends AppCompatActivity {

   @Override

   protected void onCreate(Bundle savedInstanceState) {

       super.onCreate(savedInstanceState);

       setContentView(R.layout.activity_main);

   }

}

 

Fail activity_main seperti kod aturcara di bawah merupakan pasangan kepada MainActivity. Fail ini digunakan sebagai paparan hadapan yang berinteraksi dengan pengguna, manakala fail MainActivity digunakan untuk memproses input dari pengguna lalu mengembalikan output yang dipaparkan melalui fail ini.

 

<?xml version=”1.0″ encoding=”utf-8″?>

<android.support.constraint.ConstraintLayout xmlns:android=”http://schemas.android.com/apk/res/android”

   xmlns:app=”http://schemas.android.com/apk/res-auto”

   xmlns:tools=”http://schemas.android.com/tools”

   android:layout_width=”match_parent”

   android:layout_height=”match_parent”

   tools:context=”com.farizgaskin.helloworld.MainActivity”>

   <TextView

       android:layout_width=”wrap_content”

       android:layout_height=”wrap_content”

       android:text=”Hello World!”

       app:layout_constraintBottom_toBottomOf=”parent”

       app:layout_constraintLeft_toLeftOf=”parent”

       app:layout_constraintRight_toRightOf=”parent”

       app:layout_constraintTop_toTopOf=”parent” />

</android.support.constraint.ConstraintLayout>

 

Projek Android dibina dengan konsep MVC (Model View Controller) yang membolehkan beberapa pengaturcara bekerja seretak tanpa mengganggu tugas masing-masing. Konsep ini penting bagi mengasingkan kod aturcara paparan hadapan, servis, pangkalan data serta grafik.

Peserta Telekom Malaysia mengikuti bengkel iOS di Cyberjaya

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

 

  1. Berikan nama fail utama yang wajib diketahui semua pengaturcara Android
  2. Nyatakan fungsi activity_main.xml
  3. Apakah yang dimaksudkan dengan MVC

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emelkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!