Jom Cuba Buat Jadual bergantian dengan Php!!! (Genius Corner Siri 44 )

Tajuk: Jadual bergantian dengan Php

Genius Corner Siri 44

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali di dalam ruangan Genius Corner kali ini. Pada minggu ini, kita akan pelajari latihan Php bahagian ke sebelas, kaedah menghasilkan jadual dengan latar bergantian.

 

Paparan data menggunakan jadual merupakan elemen penting di dalam sebuah laporan. Ia membolehkan pembaca mendapatkan gambaran am sesebuah statistik, seterusnya membantu dalam membuat keputusan terbaik bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

 

Sukacita dimaklumkan, ruangan Php akan diganti dengan ruangan Ionic bermula Januari 2018.

 

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Buka mana-mana text editor yang anda miliki seperti Notepad (Windows) atau TextEdit (MacOS) dan tuliskan kod aturcara berikut.

 

<?php

$host=”localhost”; // Host name

$username=””; // Mysql username

$password=””; // Mysql password

$db_name=”test”; // Database name

$tbl_name=”test_mysql”; // Table name

// Connect to server and select databse

mysql_connect(“$host”, “$username”, “$password”)or die(“cannot connect”);

mysql_select_db(“$db_name”)or die(“cannot select DB”);

$sql=”SELECT * FROM $tbl_name”;

$result=mysql_query($sql);

// Define $color=1

$color=”1″;

echo ‘<table width=”400″ border=”1″ align=”center” cellpadding=”2″ cellspacing=”0″>’;

while($rows=mysql_fetch_array($result)){

// If $color==1 table row color = #FFC600

if($color==1){

echo “<tr bgcolor=’#FFC600′>

<td>”.$rows[‘id’].”</td><td>”.$rows[‘name’].”</td><td>”.$rows[’email’].”</td>

</tr>”;

// Set $color==2, for switching to other color

$color=”2″;

}

// When $color not equal 1, use this table row color

else {

echo “<tr bgcolor=’#C6FF00′>

<td>”.$rows[‘id’].”</td><td>”.$rows[‘name’].”</td><td>”.$rows[’email’].”</td>

</tr>”;

// Set $color back to 1

$color=”1″;

}

}

echo ‘</table>’;

mysql_close();

?>

 

Langkah 2: Save hasil kerja anda tadi dengan nama alternatetable.php ke dalam folder Genius Corner seperti latihan terdahulu.

 

Langkah 3: Masukkan lokasi fail tadi di dalam ruang alamat internet pelayar untuk melihat hasilnya melalui pelayar web.

Semakan

 

Melalui latihan tadi, kita telah menghasilkan sebuah kod aturcara yang membolehkan data dipaparkan melalui sesebuah jadual dengan warna latar yang berselang seli.

 

Secara ringkasnya, kita mengambil kira nombor bilangan data yang dipanggil. Jika ganjil, warna latar ditetapkan kepada jingga. Jika genap, warna latar ditetapkan kepada kuning.

Pelajar SK Sultan Iskandar sedang mengikuti bengkel GameSalad

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

 

  1. Ubah warna latar kepada merah dan biru
  2. Tetapkan tiga warna latar berbeza berbanding dua
  3. Ubah gaya font kepada bold pada kolum pertama setiap baris data

 

Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat percuma berkenaan pengaturcaraan Java, sila emailkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *