Jom Belajar Cipta Permainan Snake dengan Scratch ( Genius Corner Siri 45 )

Tajuk: Permainan Snake dengan Scratch

Genius Corner Siri 45

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Pada minggu ini, kita akan mempelajari latihan Scratch bahagian dua belas. Kali ini, kita akan belajar membina permainan snake yang lengkap.

 

Jika anda pernah memiliki telefon bimbit Nokia sekitar tahun 90an, anda pasti kenal dengan permainan ini. Kaedah permainannya mudah, hanya gerakkan ular anda ke arah epal dan cuba elak dari terlanggar dinding.

 

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Layari laman web https://scratch.mit.edu dan klik Try It Out untuk bermula

 

Langkah 2: Hasilkan 4 sprite bernama Snake, Food, Sprite2 dan Sprite3

Rajah 1: Hasilkan empat sprite

 

Langkah 3: Hasilkan empat pembolehubah baru bernama Clone Duration, Score, Speed dan Time

Rajah 2: Pembolehubah baru

 

Langkah 4: Susun blok aturcara berikut untuk Snake

Rajah 3: Blok Aturcara untuk Snake

 

Langkah 5: Susun blok aturcara berikut untuk Food

Rajah 4: Blok Aturcara untuk Food

 

Langkah 6: Susun blok aturcara berikut untuk Sprite2

Rajah 5: Blok Aturcara untuk Sprite2

 

Langkah 7: Susun blok aturcara berikut untuk Sprite3

Rajah 6: Blok Aturcara untuk Sprite3

 

Langkah 8: Klik ikon bendera hijau untuk melihat hasilnya

 

Semakan

 

Dalam blok aturcara Snake, kita telah menetapkan agar sprite ini menjadi semakin panjang setiap kali ia bersentuh dengan sprite Food. Di samping itu, kita juga menetapkan agar permainan dihentikan dan Sprite2 dipaparkan apabila Snake terlanggar dinding.

 

Dalam blok aturcara Food pula, sprite yang bersentuhan dengan Snake akan dipadam dan akan dijana semula di lokasi baru secara rawak.

Pegawai Telekom Malaysia sedang mengikuti bengkel iOS

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

 

  1. Tambahkan kelajuan Snake
  2. Kurangkan kelajuan Snake
  3. Gandakan saiz Snake 200% setiap kali bersentuhan dengan Food

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emelkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *