Jom Belajar Muat naik fail dengan Php !!! (Genius Corner Siri 32)

Tajuk: Muat naik fail dengan Php

Genius Corner Siri 32

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali di dalam ruangan Genius Corner kali ini. Pada minggu ini, kita akan mempelajari latihan Php bahagian kelapan. Kali ini, kita akan belajar kaedah memuat naik fail ke server.

 

Di dalam sesebuah laman web, fungsi muat naik fail membolehkan pengguna memuat naik gambar, dokumen, audio mahupun video. Fungsi sebegini amat sesuai digunakan dalam laman sosial mahupun mengisi borang atau laporan secara online.

 

Seperti contoh, di dalam laman sosial Facebook atau Instagram, pengguna diberi kebebasan memuat naik gambar dan video untuk dikongsikan dengan keluarga dan teman rapat. Mereka tidak perlu lagi mencetak gambar foto secara fizikal.

 

Di dalam laman web ecommerce pula contohnya, peniaga boleh memuat naik gambar produk yang ingin dijual. Pembeli boleh membuat perbandingan dan keputusan sebelum membeli berdasarkan gambar iklan yang dilihat.

 

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Buka mana-mana text editor yang anda miliki seperti Notepad (Windows) atau TextEdit (MacOS) dan tuliskan kod aturcara berikut.

 

Langkah 2: Save hasil kerja anda tadi dengan nama upload.php ke dalam folder Genius Corner seperti latihan terdahulu.

 

Langkah 3: Masukkan lokasi fail tadi di dalam ruang alamat internet pelayar untuk melihat hasilnya melalui pelayar web.

 

Semakan

 

Melalui latihan tadi, kita telah menghasilkan sebuah borang yang membolehkan pengunjung memuat naik fail gambar ke server. Menggunakan fungsi pathinfo(), kita telah mengasingkan nama dan jenis fail yang diterima dari pengunjung.

 

Seterusnya, beberapa fungsi diguna bagi menyemak samada fail yang dimuat naik telah berada di dalam simpanan, serta jenis dan saiz imej yang bakal dimuat naik agar tidak bercanggah dengan tetapan sistem.

 

Semakan sebegini wajib dilakukan bagi mengelakkan sistem dari dirosakkan secara tidak sengaja. Akhir sekali, fungsi move_uploaded_file() digunakan untuk memuat naik gambar yang telah ditentusahkan ke dalam direktori yang ditetapkan oleh pengaturcara.

 

Pelajar UNITEN mengikuti bengkel pengaturcaraan Android

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

 

  1. Ubah tetapan penerimaan saiz gambar kepada 100kB sahaja
  2. Ubah tetapan penerimaan jenis gambar kepada PNG sahaja
  3. Ubah direktori simpanan gambar kepada nama pilihan anda

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emailkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *