Jom Belajar Kira tahun lompat ( LEAP YEAR ) dengan Java!!! (Genius Corner Siri 35)

Tajuk: Kira tahun lompat dengan Java

Genius Corner Siri 35

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali di dalam ruangan Genius Corner minggu ini, bersama latihan Java bahagian yang ke sembilan. Bermula dengan artikel ini, kita akan bina kelas Java di dalam komputer sendiri dan bukan lagi secara atas talian.

 

Di dalam latihan kali ini, kita akan membina projek yang akan menyemak samada tahun yang dimasukkan oleh pengguna ada adalah tahun lompat atau tidak, menggunakan sebuah formula matematik.

 

Mengikut kalendar Gregorian, tahun lompat mempunyai 366 hari berbanding tahun-tahun biasa, dan berlaku setiap empat tahun sekali.

 

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Buka mana-mana perisian editor teks seperti Notepad atau Sublime dan tuliskan kod aturcara berikut di dalam ruangan editor.

 

import java.util.Scanner;

 

public class LeapYear {

 

public static void main(String[] args) {

 

int year;

Scanner scan = new Scanner(System.in);

System.out.println(“Enter any Year:”);

year = scan.nextInt();

scan.close();

boolean isLeap = false;

 

if(year % 4 == 0)

{

if( year % 100 == 0)

{

if ( year % 400 == 0)

isLeap = true;

else

isLeap = false;

}

else

isLeap = true;

}

else {

isLeap = false;

}

 

if(isLeap==true)

System.out.println(year + ” is a Leap Year.”);

else

System.out.println(year + ” is not a Leap Year.”);

}

}

 

Langkah 2: Save hasil kerja anda dengan nama LeapYear.java di dalam direktori Genius Corner.

 

Langkah 3: Buka Command Prompt (Windows) atau Terminal (Mac) dan taipkan arahan-arahan berikut

 

javac LeapYear.java

java LeapYear

 

Langkah 4: Masukkan tahun seperti yang diminta di dalam Command Prompt / Terminal

 

 

 

Semakan

 

Di dalam kod aturcara tadi, kita telah menghasilkan aplikasi ringkas LeapYear yang boleh menyemak samada tahun yang dimasukkan oleh pengguna adalah tahun lompat atau tidak.

 

Mula-mula, tahun yang dimasukkan akan dibahagi dengan empat. Jika tiada baki, tahun tadi akan dibahagi dengan seratus. Jika masih tiada baki, tahun itu akan dibahagi dengan empat ratus. Jika masih tiada baki, maka tahun yang dimasukkan adalah tahun lompat.

 

Salah seorang peserta bengkel MaGIC Academy sedang mempelajari GameSalad

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

 

  1. Benarkan pengguna memasukkan jawapan berulang kali.
  2. Ubah teks paparan ke Bahasa Melayu.
  3. Pendekkan kod formula.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emelkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *