Jom Belajar Cara Hantar email dengan Php !!! (Genius Corner Siri 36)

Tajuk: Hantar email dengan Php

Genius Corner Siri 36

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali di dalam ruangan Genius Corner kali ini. Pada minggu ini, kita akan mempelajari latihan Php bahagian ke sembilan. Kali ini, kita akan belajar kaedah menghantar email menggunakan Php.

 

Di dalam artikel Genius Corner siri ke-31, kita telah pelajari kaedah menghantar email menggunakan Java. Di dalam latihan terbabit, kita telah menggabungkan beberapa library Java untuk melakukan proses ini. Namun, Php hanya memerlukan method mail() sahaja untuk menjalankan proses tersebut.

 

Menggunakan kod aturcara di dalam latihan kali ini, pengurus laman web anda kini boleh menghantar email kepada pengunjung dengan mudah. Hanya sedikit kod aturcara perlu ditambah untuk membolehkan pengunjung menghantar email secara berkumpulan.

 

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Buka mana-mana text editor yang anda miliki seperti Notepad (Windows) atau TextEdit (MacOS) dan tuliskan kod aturcara berikut.

 

<html>

<head>
<title>Sending HTML email using PHP</title>
</head>

<body>

<?php
$to = “faizulpjol@gmail.com”;
$subject = “This is subject”;

$message = “<b>This is HTML message.</b>”;
$message .= “<h1>This is headline.</h1>”;

$header = “From:farizgaskin@gmail.com \r\n”;
$header .= “Cc:aidagaskin@gmail.com \r\n”;
$header .= “MIME-Version: 1.0\r\n”;
$header .= “Content-type: text/html\r\n”;

$retval = mail ($to,$subject,$message,$header);

if( $retval == true ) {
echo “Message sent successfully…”;
}else {
echo “Message could not be sent…”;
}
?>

</body>
</html>

 

Langkah 2: Save hasil kerja anda tadi dengan nama email.php ke dalam folder Genius Corner seperti latihan terdahulu.

 

Langkah 3: Masukkan lokasi fail tadi di dalam ruang alamat internet pelayar untuk melihat hasilnya melalui pelayar web.

 

Semakan

 

Melalui latihan tadi, kita telah menghasilkan sebuah fungsi yang membolehkan pengurus laman web menghantar email kepada pengunjung tanpa menggunakan akaun email syarikat ataupun akaun email atas talian.

 

Pembolehubah $to digunakan untuk menyimpan alamat email penerima, manakala pembolehubah $header digunakan untuk menyimpan alamat email pengirim. Seterusnya, pembolehubah $subject diguna untuk menyimpan tajuk email.

 

Akhir sekali, pembolehubah $message digunakan untuk menyimpan sebarang maklumat yang ingin dikirimkan melalui email terbabit. Setelah lengkap, kesemua pembolehubah tadi dimasukkan ke dalam fungsi mail() untuk diproses dan dihantar.

 

Pelajar SK Seri Bintang Utara yang berjaya menamatkan kursus Scratch TMK selama 7 bulan

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

 

  1. Ubah alamat email pengirim kepada alamat email anda
  2. Ubah alamat email penerima kepada alamat email rakan baik anda
  3. Tambahkan gelung for bagi menghantar email kepada 3 orang penerima

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emailkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *