Jom Kenal Pakej di dalam Java!!! (Genius Corner Siri 27)

Tajuk: Pakej di dalam Java

Genius Corner Siri 27

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali di dalam ruangan Genius Corner minggu ini, bersama latihan Java bahagian yang ketujuh. Kali ini, kita akan pelajari konsep Pakej.

 

Konsep pakej telah diperkenalkan oleh Sun Microsystems sebagai salah satu cara mengelakkan sesebuah projek memiliki lebih dari satu class dengan nama yang sama. Semakin lama, konsep ini berkembang sehinggakan tiada satu pun antara jutaan aplikasi Android di Google Play Store memiliki nama pakej yang sama.

 

Konsep ini akhirnya digunakan sebagai salah satu cara memberi identiti kepada sesebuah projek Java, sama seperti nombor Mykad yang unik bagi setiap individu.

 

Nama pakej akan ditulis pada baris pertama di dalam sesebuah class. Sebagai langkah keselamatan, nama setiap pakej akan ditulis menggunakan huruf kecil. Kebiasaannya, pengaturcara akan menggunakan domain internet yang diterbalikkan.

 

Contohnya, anda memiliki alamat domain farizgaskin.com dan ingin membina projek bernama tracdisk. Oleh itu, nama pakej utama di dalam projek anda ialah com.farizgaskin.tracdisk.

 

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Layari laman web http://www.browxy.com dan tuliskan kod aturcara berikut di dalam ruangan editor.

 

package farizgaskin;

interface Animal {

  public void eat();

  public void travel();

}

public class MammalInt implements Animal {

  public void eat() {

     System.out.println(“Mammal eats”);

  }

  public void travel() {

     System.out.println(“Mammal travels”);

  }

  public int noOfLegs() {

     return 0;

  }

  public static void main(String args[]) {

     MammalInt m = new MammalInt();

     m.eat();

     m.travel();

  }

}

 

Langkah 2: Klik butang COMPILE & EXECUTE untuk melihat hasilnya.

Semakan

 

Di dalam kod aturcara tadi, kita telah menghasilkan interface bernama Animal dan class bernama MammalInt di dalam package farizgaskin.

 

Melalui class MammalInt, kita telah mendaftarkan dua method iaitu eat() dan travel(). Kedua-dua method ini dirujuk melalui interface Animal. Seterusnya, kedua-dua method ini telah dipanggil melalui contructor MammalInt.

 

Kod aturcara ini menunjukkan bahawa di dalam Java, terdapat sebuah kaedah rujukan yang digelar Interface. Fail-fail sebegini diguna sebagai penghubung di antara class dan library bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan mengelakkan penggodam dari mengakses lapisan dalaman sesebuah sistem berasaskan Java.

Pelajar SK Seri Murni sedang mengikuti bengkel Scratch TMK

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

 

  1. Tambah method baru habitat() di dalam MammalInt.
  2. Rujuk method baru tadi melalui constructor.
  3. Tambah dua lagi method baru country() dan huntingMethod().

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emelkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *