Jom Belajar "Pembolehubah di dalam Java"!!! (Genius Corner Siri 11)

Tajuk: Pembolehubah di dalam Java

Genius Corner Siri 11

Oleh: Fariz Gaskin

 

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Pada minggu ini, kita akan mempelajari latihan Java bahagian ketiga. Kali ini, kita akan belajar mengenai beberapa jenis pembolehubah di dalam Java.

 

Di dalam artikel Genius Corner siri ke-8, kita telah belajar mengenai pembolehubah di dalam bahasa pengaturcaraan Php. Bezanya kali ini, setiap pembolehubah yang digunakan di dalam Java perlu dinyatakan jenisnya terlebih dahulu.

 

Pembolehubah yang biasa digunakan oleh pengaturcara adalah integer (nombor), string (abjad panjang), char (satu abjad), double (nombor perpuluhan), serta boolean (benar atau salah).

 

Di dalam mana-mana bahasa pengaturcaraan, pembolehubah diguna untuk menyimpan nilai yang tidak tetap. Nilai-nilai ini diperolehi dari pengguna, sensor, fail teks atau pangkalan data. Contohnya nama pengguna, alamat email, berat badan, dan lain-lain.

 

Pelajar SK Merpati Jepang, Kuching sedang menyiapkan latihan

 

Seperti Php, pembolehubah di dalam Java juga diguna dalam beberapa keadaan berbeza iaitu Local, Instance dan Class/Static. Pembolehubah Local didaftarkan di dalam fungsi, method, atau blok aturcara.

 

Pembolehubah Instance pula didaftarkan di dalam class, tetapi di luar dari mana-mana method. Akhir sekali, pembolehubah Class didaftar di dalam class, sama seperti pembolehubah Instance. Bezanya, ia ditandakan dengan sifat Static di hadapan namanya.

 

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

 

Latihan

 

Langkah 1: Layari laman web https://www.compilejava.net dan tuliskan kod aturcara berikut di dalam ruangan editor.

 

import java.io.*;
public class Employee {

  // this instance variable is visible for any child class.
  public String name;

  // salary  variable is visible in Employee class only.
  private double salary;

  // The name variable is assigned in the constructor.
  public Employee (String empName) {
     name = empName;
  }

  // The salary variable is assigned a value.
  public void setSalary(double empSal) {
     salary = empSal;
  }

  // This method prints the employee details.
  public void printEmp() {
     System.out.println(“name  : “ + name );
     System.out.println(“salary :” + salary);
  }

  public static void main(String args[]) {
     Employee empOne = new Employee(“Ransika”);
     empOne.setSalary(1000);
     empOne.printEmp();
  }
}

 

Langkah 2: Klik butang COMPILE & EXECUTE untuk melihat hasilnya.

Semakan

 

Di dalam kod aturcara tadi, kita telah menghasilkan sebuah class bernama Employee. Melalui constructor main(), kita telah mendaftarkan objek Employee baru bernama empOne.

 

Objek tadi diberi nama penuh “Ransika” dengan gaji 1000. Nilai gaji tersebut dihantar ke method bernama setSalary, di mana nilai tadi diubah dari bentuk integer ke bentuk double. Perubahan ini memberikan gaji tadi dua titik perpuluhan, dan sesuai digunakan untuk sebarang fungsi yang berkaitan kewangan.

 

Seterusnya, melalui method printEmp, kita telah memaparkan nilai nama penuh dan nilai gaji baru tadi ke skrin utama menggunakan arahan System.out.println.

 

Soalan

 

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubahsuai kod aturcara tadi supaya:

 

  1. Ubah nama Ransika ke nama anda sendiri
  2. Ubah nilai gaji dari 1000 ke nilai yang baru
  3. Ubahsuai kod aturcara supaya Employee mempunyai alamat email

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emailkan kepada farizgaskin@gmail.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *